Zizan berhenti dari urus niaga Forex

0
1

PELAWAK dan pelakon, Zizan Razak mengumumkan dirinya berhenti daripada menjalankan urus niaga pelaburan tukaran mata wang asing atau forex yang dilarang pihak berkuasa kerana haram.

Zizan atau nama sebenarnya Razizan Razak mengumumkan keputusan itu di Twitternya hari ini.

“Assalamualaikum semua. Harini Zizan telah mengambil keputusan untuk menarik diri dari dunia Forex atas alasan tertentu. 

“Doakan yang baik baik untuk Zizan dan untuk semua. Semoga Allah memberkati kita bersama. InsyaAllah,” tulisnya di Twitter.

Zizan antara selebriti yang kerap memuat naik hantaran berkenaan Forex di media sosialnya.

Mengikut Bank Negara Malaysia, adalah menjadi kesalahan kepada sesiapa yang menjalankan urus niaga mata wang asing haram atau forex di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

Pakar kewangan Islam juga menyifatkan urus niaga itu sebagai haram kerana melibatkan harta ribawi iaitu mata wang dan mengandungi unsur-unsur riba. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here