Warganet tak setuju tips Siti Zailah kekal keharmonian rumah tangga 

0
1

ORANG ramai tidak bersetuju dengan petua Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Siti Zailah Mohd Yusoff mengenai cara suami menegur isteri untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga. 

Menerusi video berdurasi dua minit empat saat itu, Siti Zailah berkongsi beberapa tips kepada suami dalam memainkan peranan mendidik isteri sekiranya tidak mendengar cakap ataupun degil. 

Katanya, antara yang boleh dilakukan oleh suami dalam mendidik isteri jika tidak mendengar cakap adalah memberi nasihat. 

“Namun jika isteri masih berdegil, suami boleh pisahkan tempat tidur selama tiga hari sebagai tanda suami tidak bersetuju dengan apa yang terjadi. 

“Bagaimanapun jika si isteri masih berdegil dan mengamalkan perkara bercanggah dengan perintah agama, suami boleh menggunakan cara sentuhan fizikal yang lembut dan tidak menyakitkan, tetapi tegas,” katanya. 

Sehubungan itu, rata-rata warganet mengecam dan meluah rasa ketidakpuasan hati terhadap nasihat atau petua diberikan Siti Zailah itu, yang disifatkan tidak muhasabah dan tidak prihatin. 

Pengguna Twitter, Izzati Rosdi dengan tegas mengatakan dia tidak bersetuju dengan tips tersebut khususnya menggunakan sentuhan lembut kerana dirinya pernah melalui detik hitam apabila didera oleh bekas suaminya hingga mengalami kecederaan. 

“Saya dipukul, satu masa itu pernah patah tangan.. selama 10 tahun hidup didera oleh bekas saya. Hidup dan mati, tetapi kadang-kadang, saya benar-benar fikir saya akan mati. Bukan bermakna orang marah nak kawal diri. Kalau awak ada masalah marah, jauhi saya. 

“Penderaan rumah tangga tidak sepatutnya ada tempat dan tempoh dalam hidup kita. Takde pukul manja benda semua tu  mengarut. 

“Korang pernah kena cucuh dengan puntung rokok? Kerana saya ada. Berkali-kali. Saya boleh menyenaraikan penderaan yang terpaksa saya hadapi, tetapi itu akan mencetuskan beberapa kenangan lama yang telah saya kuburkan, dan saya ingin mengekalkannya seperti itu,” tulisnya. 

Manakala Ah Tan berkata:” Ia pasti nasihat salah yang diberikan. 

“Tetapi apa yang lebih membimbangkan ialah apa yang membuatkan dia percaya bahawa “jalan yang salah ialah cara yang betul.” Ia berakar umbi dalam sistem nilai dan latar belakang budayanya. Perbaiki sistem pendidikan di negara ini untuk mengembalikan negara yang sihat,” katanya. 

Wendy pula berkata:” Tepat sekali. Bayangkan jika pasangan menolak kepala pasangan mereka ‘dengan lembut’. 

“Ya, tidak ada bahaya fizikal, tetapi adakah tindakan itu dapat dilihat merendahkan dan menghina benar-benar berlaku,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here