Peranan radio penting sebar informasi terkini – PM

0
1

RADIO bukan sahaja gaya hidup, tetapi keperluan seharian yang amat penting dalam kehidupan masa kini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, Malaysia merupakan antara negara kolonial British terawal menggunakan teknologi radio.

“Malah pada pra dan pasca merdeka juga, radio menjadi medium penting untuk rakyat mendapatkan maklumat semasa pada masa itu.

“Melalui radio jua kita mengumpulkan semangat-semangat pejuang dalam mempertahankan tanah air,” katanya dalam kenyataan sempena Hari Radio Sedunia 2022, hari ini.

Ismail Sabri berkata, kini radio menjadi nadi aspirasi rakyat dan fungsi radio diyakini akan terus relevan sepanjang masa.

“Radio menjadi nadi aspirasi rakyat di kala pagi, peneman di kala tengahari dan hiburan di kala petang. Saat Keluarga Malaysia memandu pulang, radio juga menjadi rakan yang akrab di sisi.

“Bertemakan Radio dan Keyakinan, saya mengucapkan Selamat Hari Radio Sedunia bagi tahun 2022 dan teruskan menyebarkan informasi terkini kerana fungsi radio terus relevan sampai bila-bila,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here