
SERAMAI 135,478 atau 3.8 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini menerima dos pertama vaksin Covid-19 setakat semalam.
Menerusi data portal CovidNow, sejumlah 13,174,229 atau 56 peratus populasi dewasa di negara ini menerima dos penggalak Covid-19 dalam tempoh sama.
Sejumlah 22,936,160 individu atau 97.5 peratus daripada kumpulan itu melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 98.7 peratus atau 23,212,186 telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,795,278 individu atau 89.8 peratus lengkap divaksin, manakala 2,873,770 atau 92.3 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sementara itu, sebanyak 142,800 dos vaksin diberikan meliputi 38,851 dos pertama, 727 dos kedua dan 103,222 dos penggalak.
Angka itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini adalah sebanyak 64,921,735 dos. – Malaysiapost
