Pengasuh tarik telinga bayi ditahan

0
1

SEORANG pengasuh pusat jagaan kanak-kanak di Bentong, Pahang ditahan Khamis lalu selepas disyaki mencederakan bayi perempuan berusia 10 bulan dengan menarik telinga mangsa.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata pengasuh wanita warga tempatan berusia 26 tahun berkenaan ditahan kira-kira jam 12.30 tengah malam.

“Hasil siasatan mendapati, suspek menarik telinga mangsa dan menyebabkan kecederaan ringan di telinga kiri mangsa.

“Bayi berkenaan kemudian di rujuk ke Hospital Temerloh untuk mendapatkan rawatan susulan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, semakan juga mendapati pusat jagaan kanak-kanak terbabit tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Suspek direman selama empat hari sehingga esok dan disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Sekiranya disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Zaiham menasihatkan ibu bapa supaya sebelum menghantar anak ke pusat jagaan kanak-kanak perlu memastikan pusat berkenaan mempunyai kelulusan JKM. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here