Boon Chye dilantik pengerusi sementara PKR Perak

0
1
Deputy Health Minister Lee Boon Chye.

PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye dilantik sebagai pengerusi sementara PKR Perak sehingga pemilihan parti diadakan pada April depan.

Menurutnya, pelantikan Dr Boon Chye yang juga Ketua Cabang Gopeng bagi menggantikan Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Cabang Kuala Kangsar.

Anwar dalam kenyataan berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Perak hari ini.

“Saya turut menyatakan penghargaan kepada saudara Farhash yang telah membantu memantapkan parti di negeri Perak.

“Saya juga menasihatkan pimpinan Perak untuk terus fokus serta menumpukan segala usaha dan keringat terhadap memantapkan jentera parti bagi mendepani Pilihan Raya Umum kelak,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Dr Boon Chye merupakan bekas Timbalan Menteri Kesihatan menggantikan Farhash Wafa Salvador yang bakal mencabar Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari bagi jawatan ketua PKR Gombak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here