POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menafikan tidak mengambil tindakan berhubung beberapa kejadian individu dipukul seperti yang ditularkan melalui satu video di aplikasi Whatsapp baru-baru ini
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, video berdurasi empat minit 59 saat itu memaparkan beberpa kejadian individu dipukul oleh pihak yang didakwa ahli kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
“Individu berkenaan didakwa dipukul oleh Persatuan Harapan India Malaysia (PHIM) dengan kenyataan tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak polis.
“Semakan mendapati video tersebut mengandungi rangkuman beberapa kejadian jenayah yang dikenalpasti berlaku di sekitar kawasan Selangor dan Pulau Pinang pada tahun 2020,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, paparan klip video berkenaan mengandungi kenyataan yang tidak benar terhadap PDRM kerana siasatan telah dijalankan ke atas kejadian-kejadian yang ditularkan dan pelaku berkaitan telah dihadapkan ke mahkamah.
“Perbuatan menularka kandungan kenyataan yang boleh menyebabkan ketakutan dan kegentaran kepada awam adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan MultimediaMultimedia 1998.
“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja melakukan kesalahan ini,” katanya. – Malaysiapost

