Kerajaan tetapkan SOP sambutan Maasi Magam, Perarakan Chingay

0
1

MESYUARAT Kuartet Ke-12 semalam menetapkan prosedur operasi standard (SOP) bagi sambutan perayaan dan upacara keagamaan, Maasi Magam dan perarakan Chingay.

Pengerusi Mesyuarat Menteri Kuartet Covid-19, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata perayaan Maasi Magam akan disambut pada 17 Februari dan Perarakan Chingay dari 19 hingga 22 Februari ini di Johor. Ia termasuk:

i. SOP Maasi Magam dilaksanakan bermula 16 hingga 19 Februari 2022.

ii. Hanya yang telah lengkap vaksinasi sahaja dibenarkan mengikuti aktiviti keagamaan.

iii. Wajib patuhi amalan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter.

iv. Wajib memakai pelitup muka.

v. Petugas dari pihak Pengurusan Kuil mestilah memakai vest atau pakaian
yang boleh membezakan mereka sebagai petugas.

vi. Petugas dari pihak Pengurusan Kuil bertanggungjawab untuk memastikan kepatuhan penganut-penganut terhadap SOP yang telah ditetapkan.

vii. Upacara sembahyang di kuil dibenarkan mengikut SOP pembukaan rumah ibadat selain Islam dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara Fasa 4.

viii. Perjalanan dan pergerakan kereta Chariot dibenarkan dengan bersyarat:

Dalam pada itu, bagi Perarakan Chingay, Hishammudin berkata, upacara sembahyang di Johor Ancient Temple dan Xing Gong dibenarkan mengikut SOP pembukaan rumah ibadat selain Islam dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4.

“Seperti yang saya pernah tegaskan sebelum ini, kerajaan akan terus memberi keutamaan kepada perayaan-perayaan keagamaan untuk disambut penganut-penganut agama yang terlibat.

“Namun kelonggaran ini harus dimanfaatkan dengan penuh rasa tanggungjawab.

“Setiap SOP yang digariskan oleh Kementerian Perpaduan Negara harus dipatuhi bukan sahaja demi keselamatan dan kesihatan diri tetapi juga orang sekeliling,” katanya. – Malaysiapost

Kredit Foto: Blogspot

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here