
PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendoakan Tan Sri Muhyiddin segera diberi kesembuhan daripada Covid-19.
Menerusi ciapan di Twitternya, Ismail Sabri turut berharap Allah SWT melindungi Presiden Bersatu itu.
“Didoakan agar Allah SWT memberi kesembuhan dan melindungi YB Tan Sri sekeluarga,” katanya.

Selain Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga mendoakan Muhyiddin lekas sembuh dan diberi kesihatan yang baik.
“Semoga cepat sembuh dan diberikan kesihatan baik,” tulisnya ringkas di Facebook.
Terdahulu, Muhyiddin yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) disahkan positif Covid-19, hari ini.
Dalam hantaran Facebooknya pagi ini, Muhyiddin berkata, beliau disahkan positif selepas membuat ujian Reaction Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) serta akan menjalani kuarantin kendiri di rumah.
Justeru, katanya, sesiapa yang berkemungkinan menjadi kontak rapat dinasihatkan supaya mematuhi protokol yang ditetapkan oleh KKM. – Malaysiapost
