‘Adakalanya saya tak berharap untuk pulih’ – Tun M

0
1
https://www.facebook.com/100044516073020/posts/510736607086871/?d=n

“ADAKALANYA saya tak berharap nak pulih, tetapi Alhamdulillah dengan rawatan yang diberi Institut Jantung Negara (IJN) saya kembali pulih,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Luahan itu dinyatakan Dr Mahathir menerusi video pendek yang dimuat naik dalam Facebooknya, hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu, berkata beliau bersyukur kerana berjaya pulih daripada penyakit yang disifatkannya begitu kritikal.

https://www.facebook.com/100044516073020/posts/510736607086871/?d=n

“Saya mengucapkan terima kasih kerana ramai yang mendoakan untuk saya pulih.

“Hasilnya saya telah pulih daripada satu penyakit (yang) bagi saya amat teruk (kritikal),” katanya.

Mengulas mengenai kondisi kesihatannya, Dr Mahathir berkata, beliau semakin sihat namun belum begitu kuat untuk melakukan sebarang pekerjaan.

https://www.facebook.com/100044516073020/posts/510736607086871/?d=n

“Waktu ini (sekarang) saya boleh berjalan, boleh makan, boleh tidur dan duduk.

“Saya ‘almost’ macam biasa tapi tidak lah begitu kuat nak bekerja. Tetapi saya harap saya akan pulih,” katanya.

Pada 5 Februari lalu, Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi dibenarkan keluar dari IJN untuk menjalani pemulihan di rumah.

IJN memaklumkan Dr Mahathir dimasukkan ke institut itu baru-baru ini untuk rawatan perubatan.

Negarawan berusia 96 tahun itu sebelum ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Koronari (CCU), IJN.

Dr Mahathir juga menjalani sesi fisioterapi dan prosedur perubatan lanjut sepanjang di pusat rawatan berkenaan. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here