Ronaldo pandu kereta mewah baharu, hadiah ‘birthday’ ke-37

0
1

BINTANG bola sepak, Cristiano Ronaldo memandu sendiri ke pusat latihan Manchester United bersama koleksi baharu kereta mewahnya yang berharga £150,000 (RM848,997).

Memetik Daily Mail, penyerang Manchester United itu baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-37, Sabtu lalu.

Pasangan bintang tersebut, Georgina Rodriguez yang sedang berbadan dua menghadiahkan Cristiano sebuah Cadillac Escalade, dan kek besar.

Georgina memuat naik video di laman Instagram, menunjukkan Ronaldo menerima hadiah berkenaan dan kelihatan anak-anak mereka gembira bermain di dalam kereta dengan lapan tempat duduk itu.

Keputusan membeli kenderaan itu dibuat memandangkan keluarga mereka semakin membesar.

Ia membolehkan Georgina dan pengawal peribadi mereka menghantar anak-anak ke sekolah dengan selesa dan bergaya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here