Covid-19: ‘Tahap oksigen saya sudah naik 97 peratus’ – Uncle Kentang

0
1
Independent candidate Kuan Chee Heng or known as ‘Uncle Kentang’ launch his war truck for Semenyih by-election. NORAFIFI EHSAN / The Star

AKTIVIS masyarakat, Kuan Chee Heng atau dikenali sebagai Uncle Kentang mengesahkan tekanan oksigen dalam badannya telah beransur pulih dan mencapai tahap 97 peratus, pagi ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Uncle Kentang memaklumkan dia sudah tidak memerlukan alat bantuan pernafasan, selain mengucapkan terima kasih pada pihak yang mendoakan kesihatannya.

“Selamat pagi. Saya berasa sangat baik. Bernafas di udara bilik. Berkat solat dan doa anda semua. Hanya sedikit suhu dan batuk yang minimum.

“Saya percaya ubat yang diberikan oleh doktor telah berkesan. Terima kasih Hospital Serdang. Rawatan adalah pantas dan kakitangan serta jururawat dan doktor sangat baik dan mesra. Terima kasih kepada semua atas doa,” katanya dalam hantaran itu.

Berkongsi perkembangan kesihatannya, Uncle Kentang memaklumkan setakat pagi ini tekanan darahnya berada dalam keadaan baik, dan tahap kandungan gula juga stabil.

Katanya, dia tidak sabar untuk kembali ke lapangan meneruskan misi bantuan kemasyarakatan.

Dalam pada itu, Uncle Kentang mengingatkan individu positif Covid-19 agar mendapatkan rawatan segera jika mengalami gejala.

“Jangan bertangguh. Kelewatan akan merumitkan perkara. Saya baru dua hari bertangguh dah bertukar ke tahap 4. Jadi jangan bertangguh,” pesannya.

Semalam, Uncle Kentang menerusi hantaran Facebook mengesahkan dirinya positif Covid-19 kategori 4A yang memerlukan bantuan oksigen untuk bernafas.

Hantarannya itu mendapat perhatian ramai yang mendoakan aktivis masyarakat itu cepat sembuh antaranya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here