PRN Johor: PH belum selesai runding kerusi dengan Muda

0
1

PERBINCANGAN Pakatan Harapan (PH) dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bagi menjalinkan kerjasama termasuk dari segi pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor belum dimuktamadkan.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata gabungan itu juga akan berbincang dengan parti lain selepas rundingan dengan MUDA selesai, lapor Harian Metro.

“Kita mahu berbincang dengan semua parti untuk elak pertembungan tetapi buat masa ini perbincangan dengan MUDA lebih realistik.

“Jadi kami harap kalau kita berjaya, kita boleh buat barisan atau pentas kerana kita bukan nak menang kerusi sahaja tapi kita nak menang kerajaan. Itu yang rakyat hendak…kita boleh buat perubahan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Sebelum ini Pengerusi PH yang juga Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata rundingan kerjasama dengan MUDA kini di peringkat kepimpinan negeri dan MUDA belum memberitahu jumlah kerusi yang dimahukan.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here