Hasni tetap MB jika Umno menang PRN – Zahid

0
2

DATUK Hasni Mohammad akan terus menjadi Menteri Besar sekiranya Umno dan Barisan Nasional (BN) mendapat mandat baharu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Jaminan itu diberikan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Pelancaran Jentera BN Pusat Operasi Zon Barat di Iskandar Puteri, malam tadi.

“Saya menjanjikan jika BN menang besar pada PRN kali ini, MB (Hasni) akan menjadi MB baharu.

“Saya yakin, beliau harus diberi peluang sekali lagi untuk memegang jawatan sebagai MB Johor,” katanya seperti dilapor Kosmo.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Ahmad Zahid berkata, pelantikan Hasni untuk mengemudi kerajaan Johor bertujuan memastikan manifesto BN pada PRN ini dapat dilaksanakan.

“Saya telah meneliti manifesto, saya percaya manifesto itu dapat dilaksanakan bukan hanya janji-janji palsu.

“Sebab itulah kita akan memastikan Pengerusi Perhubungan Umno negeri Johor ini sebagai MB Johor baharu,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here