Biar saya ajar Bersatu, PN tentang tamak kuasa – Najib

0
1
Pix via Malaysiapost

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini ‘mengajar’ Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) tentang tamak kuasa.

Menulis di Facebooknya, Najib berkata ini kerana Bersatu dan PN sering menuduh Umno rakus, gila kuasa atau tamak kuasa kerana bubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Biar saya ajar sikit tentang “tamak kuasa”. Ini tak rakus, tak tamak kuasa dan tak gila kuasa:

  • mengadakan PRN Johor untuk mengembalikan mandat kepada Rakyat sebab seorang Adun PPBM meninggal dunia sebab kerajaan Johor cuma ada 28 dari 56 kerusi Adun pada ketika pelaburan ke Johor semakin menurun selepas PRU14 atas sebab kerajaan negeri tidak stabil.
  • ini adalah langkah mengembalikan mandat supaya rakyat pilih sendiri. Cara paling demokrasi.
  • tiada jaminan pun Umno dan BN yang dituduh mereka sebagai rasuah dan tamak akan menang. Kenapa sendiri tak yakin biarpun sendiri mengaku sendiri hebat dan paling prihatin rakyat?

“Ini baru rakus, tamak kuasa dan gila kuasa:

  • khianat pada gabungan sendiri dan pengasas parti dengan langkah Sheraton supaya ganti pengasas parti untuk jadi PM.
  • “Scheme of things” untuk beli dan sogok ahli-ahli Parlimen Umno untuk kekalkan jawatan sendiri sebagai PM.
  • Menerima individu-individu yang dikaitkan dengan semburit, rasuah dan segala katak untuk menjadi PM
  • Buat darurat untuk gantungkan Parlimen dan membuat PKP separuh masak berbulan-bulan lamanya untuk menyeksa rakyat bagi mengelak sendiri ditumbangkan di Parlimen.
  • derhaka kepada titah-titah Raja-Raja Melayu dan YDPA sebab banyak kali elak Parlimen bersambung serta-merta dan tidak berani membahas ordinan darurat seperti dititah untuk elak kalah undian Parlimen (dan mereka tumbang) sehingga YDPA keluarkan titah baginda sudah murka.

“Faham ke belum?,” tulis Ahli Parlimen Pekan itu dipercayai merujuk kepada kerajaan PN terdahulu pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam hantaran berasingan, Najib berkata sekiranya tamak kuasa, Umno Johor tidak akan mengadakan PRN untuk kembalikan mandat pada rakyat selepas Adun Bersatu meninggal dunia.

“(Sebaliknya) Umno Johor buat darurat saja atau buat “scheme of things” untuk sogok Adun lompat masuk seperti seorang itu. Faham?,” sindirnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here