Tun M masih jalani proses pemulihan di IJN

0
1

TUN Dr Mahathir Mohamed masih menjalani proses pemulihan di Institut Jantung Negara (IJN) selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Januari lalu.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya, bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu telah dibenarkan untuk pulang ke rumah sejak Rabu lalu.

Bagaimanapun, Dr Mahathir kembali semula ke IJN untuk jalani sesi fisioterapi dan prosedur perubatan lanjut.

“Tun dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali turut menyampaikan ucapan terima kasih atas doa, ucapan selamat, kiriman bunga dan kad ucapan dari orang ramai.

“Tun Dr Mahathir akan terus menjalani rawatan pemulihan dan buat masa ini masih dinasihatkan untuk tidak menerima kunjungan pelawat,” kata kenyataan itu, hari ini.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), sebelum ini dilaporkan berada di Rawatan Rapi Koronari, IJN dan berada di bawah pemantauan rapi oleh pakar perubatan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here