PENDAKWAH bebas, Ebit Lew menzahirkan rasa gembira berpeluang menyambut Tahun Baharu Cina bersama Youtuber terkenal berbangsa Tiong Hua, yang mesra disapa Boss James.
Menerusi hantaran di laman Facebook, Ebit berkata Boss James memberitahunya sudah lama berhasrat mahu bertemu dengan pendakwah terkenal itu.
“Hari ni saya beraya dengan Boss James. Katanya selalu tengok saya dekat Facebook dah lama nak jumpa. Membantu tanpa kira bangsa dan agama. Sayang pada semua.
“Saya pun selalu lihat video anak muda ini membawa nilai positif. Maju dalam perniagaan dan membantu orang lain,” katanya dalam hantaran itu.
Dalam masa sama, Ebit berkata mahu bertemu lagi dengan usahawan tersebut kelak.
“Nanti jumpa lagi ya. Katanya kaya bukan duit tapi suka menolong orang lain. Duit tidak bermakna tanpa memberi,” ujarnya.
Boss James merupakan usahawan dari sebuah syarikat motosikal di Lembah Klang terkenal selepas sering memuat naik video pendek yang menerapkan nilai moral. – Malaysiapost

