Banyak aduan mangsa banjir belum terima bantuan – Asyraf Wajdi

0
1

PEMUDA Barisan Nasional (BN) memaklumkan menerima banyak laporan dan maklum balas daripada mangsa yang terjejas akibat banjir yang melanda negara sejak hujung Disember lalu, masih belum menerima bantuan seperti diumumkan kerajaan.

Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut bertanyakan mengenai perkara itu di laman Facebooknya.

“Pemuda BN menerima banyak laporan dan maklum balas mengenai bantuan banjir yang masih belum diterima.

“Siapa hadapi masalah serupa?” katanya.

Perkara itu turut mendapat maklum balas daripada beberapa pengguna Facebook yang mengesahkan masih belum menerima bantuan walaupun selepas lebih sebulan bencana berkenaan berlaku.

“Betul Dato..Adik saya duduk Dengkil pun tak dapat lagi..janji macam-macam..tapi satu pun tak dapat..Zakat Selangor pun tak dapat..kerajaan apatah lagi.

“Banyak sangat orang tengah nya..mana nak sampainya bantuan pada mereka yang selayaknya dapat,” kata Yati MH.

Seorang pengguna bernama Mohamad Nazrin mendakwa penduduk di Padang Jawa, Selangor termasuk dirinya juga masih belum menerima bantuan dijanjikan.

“Saya duduk padang jawa pun tak dapat lagi..Pejabat Daerah Klang peram duit bantuan,” dakwanya.

Sementara itu seorang penduduk di Mentakab, Pahang turut mengadu masalah sama.

“Mentakab, Pahang ada lagi yang belum dapat..bila tanya cakap tunggu SMS…ni tunggu je la SMS entah bila pun tak tahu,” kata Ahmad Muhammad.

Terdahulu dalam satu sidang media, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, berkata angka terkini permohonan bantuan banjir yang diterima adalah sebanyak 109,000 keluarga bagi Bantuan Selangor Bangkit (BSB) RM1,000.

Menurutnya, sebahagian besar daripada permohonan itu adalah membabitkan daerah Klang dan Petaling yang kini mengalami sedikit kelewatan pengagihan bantuan wang tunai berkenaan yang dijangka dapat diselesaikan akhir bulan ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here