Covid-19: 7 kematian baharu, 1 BID

0
1
grafik

SEBANYAK tujuh kes kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan setakat semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 31,985 sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, satu daripada tujuh kes kematian yang direkodkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Setakat tengah malam tadi, terdapat 57,152 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, seramai 49,787 individu atau 81.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 4,211 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sementara itu, terdapat 3,041 kes dirawat di hospital dan 113 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 59 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here