Semarakkan rasa cinta dan sayang seluruh Keluarga Malaysia – PM

0
2

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru seluruh Keluarga Malaysia menymarakkan sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2022 dengan rasa cinta dan sayang dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara maju dan sejahtera.

Beliau berkata, Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan bukan sahaja mercu tanda kejayaan negara tetapi merupakan wilayah yang indah, unik dengan kepelbagaian serta menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia.

“Malah pada hari ini juga genap usia Kuala Lumpur yang ke 50 diisytiharkan sebagai bandar raya pertama di Malaysia.

“Semarakkan rasa cinta dan sayang seluruh Keluarga Malaysia di Wilayah Persekutuan dan di seluruh Malaysia amnya, dalam melangkah ke hadapan ke arah negara  maju dan sejahtera,” katanya sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan Tahun 2022, hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here