PELAKON Intan Ladyana selamat melahirkan anak sulung pada lewat malam tadi.
Berita gembira itu dikongsikan suaminya yang juga pelakon dan penyanyi Harris Alif menerusi satu hantaran Instagram.
“Alhamdulillah, Syukur Ya Allah. 11.40 malam, 31/1/2022,” tulis Harris secara ringkas.
Memetik MStar, ibu Harris, Khalizah Abdul Khalid turut mengesahkan berita gembira pasangan suami isteri itu.
“Syukur, terima kasih yang ucapkan tahniah. Saya tak boleh nak beritahu banyak kerana tidak bersama mereka.
“Harris masih berada di hospital,” katanya.
Semalam, Harris berkongsi foto bersama Intan ketika berada di hospital selain memohon doa untuk dipermudahkan urusan bersalin.
Harris, 23, dan Intan, 40, berkahwin pada 5 Februari 2020 di Kuala Lumpur.
Pasangan ini sepakat merahsiakan soal kehamilan namun perubahan pada Intan mula dapat dihidu peminat sejak hujung tahun lalu.
Intan juga pernah dikejarkan ke hospital setelah disahkan positif Covid-19 ketika hamil pada Disember lalu. – Malaysiapost

