
KES baharu Covid-19 mencatatkan penurunan dua hari berturut-turut pada angka 4,000 apabila sebanyak 4,774 direkodkan hari ini, berbanding 4,915 kes semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia kini mencecah 2,870,758 kes.
“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my
“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” katanya di Facebook, hari ini.
Sebelum ini, kes harian Covid-19 menunjukkan trend membimbangkan selepas tiga hari berturut-turut kes baharu Covid-19 melepasi angka 5,000, minggu lalu. – Malaysiapost
