Bapa curi telefon bimbit demi anak belajar kelas online dibebas

0
1

SEORANG lelaki yang tular sebelum ini kerana ditangkap kerana mencuri telefon bimbit bagi kegunaan pembelajaran atas talian anaknya, telah dibebaskan baru-baru ini.

Lelaki dikenali sebagai RC dari Bangka Belitung, Indonesia itu dibebaskan selepas polis mempertimbangkan situasinya bertindak mencuri telefon bimbit itu supaya anaknya dapat menyertai sesi pembelajaran atas talian.

Memetik laporan laman Detik, lelaki tersebut dilihat menangis dan melakukan sujud syukur selepas Pendakwa Raya Negeri Pangkalpinang menggugurkan kesnya.

Dalam masa sama, anak lelaki tersebut turut diberikan hadiah sebuah telefon bimbit oleh Ketua Pendakwa Raya Negeri Pangkalpinang, Jefferdian.

“RC didakwa mencuri telefon bimbit milik seorang mangsa di Alun-alun Taman Merdeka.

“Tujuan dia bertindak demikian adalah supaya ia dapat digunakan oleh anaknya dalam pembelajaran secara online,” katanya.

Jefferdian berkata, keputusan menggugurkan kes tersebut selepas penilaian terperinci dibuat dan mempertimbangkan situasi keluarga tertuduh termasuk motif pencurian adalah agar anaknya dapat meneruskan sesi belajar.

Jelas beliau, penilaian pihaknya juga mendapati lelaki tersebut adalah daripada keluarga yang kurang berkemampuan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here