Rakyat minta Pemuda Umno terus perjuang tuntutan RM10,000 KWSP – Asyraf Wajdi

0
1

KEBANYAKAN rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19 yang kini memasuki tahun ketiga wabak berkenaan melanda negara masih menaruh harapan agar pengeluaran RM10,000 simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata kemana-mana beliau pergi pasti ada yang bertanya mengenai pengeluaran berkenaan.

Menurutnya, terbaharu ketika singgah makan di Restoran Banafee Village Johor Bahru, beliau disapa seorang lelaki yang begitu emosional merintih betapa perlunya untuk mengeluarkan wang simpanannya di KWSP.

“Sememangnya di mana juga saya pergi, pasti ramai yang tegur dan meletakkan harapan tinggi untuk Pemuda Umno terus memperjuangkan nasib mereka untuk disuarakan kepada kerajaan bahawa mereka amat-amat memerlukan RM10,000 KWSP,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau turut berkongsi rakaman video rintihan lelaki terbabit yang mengadu bertapa pentingnya wang terbabit untuk meneruskan kehidupan selepas menghadapi saat sukar sepanjang dua tahun pandemik Covid-19 melanda negara.

Berdasarkan video berkenaan, lelaki terbabit mendakwa pemimpin yang membuat keputusan tidak membenarkan pengeluaran itu tidak mengetahui apa sebenarnya yang dihadapi oleh rakyat.

“Mereka (pemimpin) tidak tahu apa kami alami sepanjang dua tahun pandemik ini. Tolonglah Datuk, perjuangkannya.

“Itu duit kita..katanya untuk simpanan hari tua..hari tua kita tidak akan tahu, tiada siapa yang tahu (masa depan). Kita perlukannya sekarang,” luah lelaki terbabit kepada Asyraf Wajdi.

Lelaki terbabit memaklumkan banyak komitmen yang perlu ditanggung termasuk anak-anak yang melanjutkan pelajaran di universiti dan sebagainya.

“Kami perlukannya..Ini Tengku Zafrul (Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz) buat macam duit dia pula,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here