Felda Chemomoi di Pahang dikenakan PKPD mulai esok

0
1
grafik

SATU lokaliti di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa bermula 28 Januari hingga 10 Februari.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata, keputusan itu dilakukan selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jelasnya, ia termasuk mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19.

Lokaliti yang dikenakan PKPD adalah melibatkan Felda Chemomoi mukim Sabai di Bentong, Pahang.

Menurutnya, prosedur operasi standard (SOP) bagi lokasi PKPD adalah sama seperti diumumkan sebelum ini.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here