PRN Johor: BN akan guna kreativiti pikat hati pengundi

0
2

BARISAN Nasional (BN) akan menggunakan kreativiti untuk mendekati pengundi sekiranya kerajaan mengekalkan larangan kempen secara bersemuka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata BN memilih untuk mematuhi segala peraturan dan larangan yang dikeluarkan ketika berkempen sama seperti yang berlaku pada PRN Melaka tahun lalu.

“Kita akan mengikut segala peraturan dan arahan yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kementerian lain yang dipertanggungjawabkan kerana kita masih dalam suasana Covid-19.

“Itu pendirian BN, kita tidak mahu melangkaui atau pun mengingkari arahan-arahan dibuat,” katanya dipetik Sinar Harian di Pulau Pangkor, hari ini.

Zambry berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gesaan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) supaya SPR membenarkan aktiviti kempen bersemuka dan ceramah dibenarkan dalam PRN Johor.

PH mendakwa pandemik Covid-19 di Malaysia semakin dapat dikawal sekali gus aktiviti seperti kempen bersemuka secara selamat patut dibenarkan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here