Aliff Aziz dinobat juara GV8

0
1

PENYANYI kelahiran Singapura, Aliff Aziz dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi malam tadi.

Setelah bersaing selama 10 minggu, pada minggu akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Aliff telah menambat hati para juri dengan membawakan lagu Sampai Syurga serta duet bersama Hafiz Shuib menerusi lagu Dealova manakala saingan battle pula bersama Aweera menerusi lagu Budak Flat.

Sementara, Nikki berada di kedudukan naib juara yang membawa pulang wang tunai RM50,000.

Tempat ketiga pula milik Suki yang berjaya membawa pulang RM30,000 dan Adibah Noor mengungguli tangga keempat dengan membawa pulang RM20,000.

Kedudukan kelima pula dengan membawa pulang wang tunai RM15,000, manakala Aweera berada di tangga keenam dan berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000.

Nabil dan Jihan Muse menjadi pengacara GV8 dengan maestro tersohor negara, Datuk Ramli MS masih dikekalkan sebagai juri tetap musim baharu ini ditemani Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here