Gelandangan ditendang di perut hingga terduduk

0
1

SEORANG gelandangan yang menjadikan kawasan berhampiran sebuah pusat beli belah di ibu negara sebagai tempat tidurnya di kasari oleh individu yang cuba membersihkan kawasan terbabit.

Kejadian itu dirakam oleh individu yang menyaksikan kejadian itu sebelum video berkenaan tular di media sosial sejak kelmarin.

Video berdurasi seminit 54 saat itu memaparkan gelandangan terbabit ditendang di bahagian perut oleh seorang lelaki hingga terduduk menahan kesakitan.

Difahamkan kejadian berlaku berhampiran sebuah pusat beli belah di ibu negara kira-kira jam 7 pagi 14 Januari lalu, ketika beberapa petugas pihak berkuasa tempatan (PBT) membersihkan kawasan yang dijadikan tempat tidur gelandangan terbabit.

Tindakan mengasari gelandangan terbabit mendapat kecaman netizen yang rata-rata berpendapat tidak wajar menggunakan kekerasan bagi menghalau mangsa.

Video berkenaan dimuat naik pengguna Facebook (FB) Krul Nizam yang mendakwa ia dirakam oleh rakannya yang menyaksikan kejadian itu.

“Kalau pun menghalau jangan sampai hilang hati budinya

“Mungkin dia mau ambil barang keperluan sahaja, tapi orang tu tidak puas hati. Di tendang gelandangan tu,” tulis Krul Nizam di ruangan komen video yang dimuatnaiknya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here