RFID: ‘PLUS, lain kali jangan syok sendiri’ – Kadir Jasin

0
1
https://www.facebook.com/photo?fbid=10206574612700074&set=a.1553442512030

TOKOH wartawan, Datuk A Kadir Jasin menyifatkan keputusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengaktifkan semula lorong SmartTAG sebagai tindakan wajar.

Beliau berkata, tindakan itu sekali gus membuktikan PLUS sedar dan mengaku Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) gagal mencapai matlamat malah menyusahkan pengguna.

“Itulah, lain kali jangan sombong dan berasa diri pandai sangat semata-mata kerana ada kuasa.

“Dalam dunia di mana pengguna boleh bersuara melalui media sosial, kelemahan dan kehambaran mudah didedahkan,” katanya menerusi Facebook, hari ini.

Dalam pada itu, A Kadir menasihati PLUS untuk mengutamakan kepentingan pangguna dengan menguji sesuatu kaedah baru di jalan raya.

“Bukan hanya syok sendiri dalam ‘executive suite’ dan bilik lembaga saja atau bergantung semata-mata kepada ‘public relations hype’.

“Bukan PLUS saja, tapi semua pertubuhan perniagaan dan perkhidmatan awam janganlah jadi hamba teknologi sehingga menyusahkan pengguna,” katanya.

Beliau berkata, dalam usaha memaksimumkan keuntungan, menjimatkan kos dan meringkaskan kerja melalui teknologi maklumat dan “fintech” janganlah abaikan kepentingan golongan masyarakat yang kurang kemampuan dari segi teknologi maklumat.

“Bukan semua orang ‘computer savvy’ atau mahu menjadi hamba teknologi digital. Bagi PLUS, lebih baik berusaha jadikan lebuh raya kelolaannya lebih bersih dan selamat,” katanya.

Dalam perkembangan sama, A Kadir berkata, pembukaan semakin banyak ‘interchange’ serta stesen minyak, Lebuh Raya Utara-Selatan sudah menjadi seperti macam jalan raya biasa.

” (Selain itu) minta tolong polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) disiplinkan pemandu lori yang berhenti rehat sesuka hati di luar kawasan R&R,” katanya.

Semalam, PLUS mengaktifkan semula lorong SmartTAG yang sebelum ini ditutup di beberapa plaza tol kendalian syarikat itu susulan pelaksanaan pembayaran tol menggunakan RFID.

Itu antara langkah PLUS bagi mengatasi isu berbangkit berkaitan penggunaan RFID di plaza tol, selain meningkatkan kepantasan pengesanan serta menggantikan tag RFID yang rosak secara percuma. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here