Penerangan PM berhubung situasi banjir dahului sidang khas Parlimen

0
1

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan memulakan Mesyuarat Khas Penggal Keempat Parlimen ke-14 Dewan Rakyat pagi ini dengan penerangan situasi banjir yang melanda negara hujung tahun lalu.

Ia disusuli penerangan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmd berhubung pengurusan bencana banjir.

Turut mengambil bahagian dalam penerangan berkaitan isu banjir ialah Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz yang akan menjelaskan mengenai bantuan bencana banjir.

Aturan Mesyuarat Khas Penggal Keempat Parlimen ke-14

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pula akan memberi penjelasan berkenaan perancangan jangka panjang kementeriannya berkaitan bencana banjir.

Sementara, Ahli-Ahli Parlimen diberi peluang untuk meminta penjelasan dari kementerian berkaitan, selain memberi pandangan, sebelum mesyuarat khas itu dan diakhiri dengan menteri menjawab isu dibangkitkan.

Sebelum ini, Perdana Menteri memaklumkan satu sidang sidang khas Dewan Rakyat berkaitan bencana banjir akan diadakan hari ini.

Beliau berkata, ketetapan itu selaras Peraturan Mesyuarat 11(3), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Mendalami kesusahan rakyat yang terkesan berikutan bencana banjir, satu Mesyuarat Khas Penggal Keempat Parlimen Ke-14 bagi Dewan Rakyat akan diadakan pada 20 Januari 2022.

“Ini bagi membincangkan perkara berkaitan kepentingan negara iaitu banjir dan pasca banjir, penyelarasan bantuan kepada Keluarga Malaysia dan perancangan jangka panjang pengurusan bencana banjir,” katanya dalam hantaran Facebook. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here