42.7% penduduk dewasa sudah terima dos penggalak

0
1
Botol vaksin AstraZaneca di PWTC.

SERAMAI 258,337 individu dewasa di negara ini telah menerima suntikan dos penggalak Covid-19 setakat semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif bagi pemberian dos penggalak meningkat kepada 10,002,472 atau 42.7 peratus.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, sebanyak 22,91 juta atau 97.9 peratus daripada populasi dewasa telah lengkap divaksinasi.

Manakala 23.18 juta individu atau 99.1 peratus daripada kumpulan itu, menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19.

Sementara, bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, seramai 2.7 juta individu atau 88.2 peratus telah melengkapkan suntikan vaksinasi, manakala 2.8 juta individu atau 90.9 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here