13 kematian akibat Covid-19 semalam

0
1
Skuad Pengurusan Jenazah covid-19 Malaysia membaca doa selepas selesai pengebumian jenazah covid-19 di Tanah Perkuburan Batu 5 Jalan Ipoh.

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 13 kematian baharu akibat Covid-19 semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 31,831 sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data dimuat naik di portal COVIDNOW, tiga daripada 13 kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Pada masa sama, sebanyak 41,129 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Bagi proses kuarantin, 34,253 individu atau 83.9 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan 4,080 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sementara itu, sebanyak 2,725 kes dirawat di hospital dan 162 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU pula membabitkan 86 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 76 lagi memerlukan mesin ventilator. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here