Jodoh dengan Shuib, Vida kata tak mengapa, mahu ‘move on’

0
2

JUTAWAN kosmetik, Datuk Seri Vida reda hasrat berjodohan dengan pelawak dan pelakon, Shuib seperti ditolak, namun ia tidak mematahkan harapan agar dirinya dipertemukan jodoh dipermudahkan Tuhan.

Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman berkata, dia tidak kisah jika hasrat mahu menggantikan kedudukan Allahyarham Siti Sarah dalam hati Shuib tidak kesampaian.

Namun katanya, dia tetap mendoakan yang terbaik untuk Shuib agar menemui seseorang yang sesuai bagi menjaga dirinya dan anak-anak.

“Tidak mengapa, kita ‘move on’ sahajalah. Kalau Shuib tak nak (berjodohan dengan saya), dah sah-sah, saya pun tak nak juga.

“Namun, saya mendoakan yang terbaik buat Shuib sekeluarga agar bertemu pengganti sesuai mengisi posisi isteri dan paling penting, ibu buat anak-anaknya,” katanya seperti dilapor Kosmo!.

Bagaimanapun, Vida berkata, dia berharap isu berkenaan ini tidak menjejaskan hubungan baik antara dirinya dan Shuib.

“Saya dengan Shuib memang tiada masalah. Dia seorang usahawan berjaya dan saya juga mencari rezeki dalam dunia perniagaan. Saya tak mahu disebabkan isu ini hubungan kami sebagai kawan menjadi keruh. Saya kenal benar Shuib, termasuk arwah isterinya.

“Saya menghormati hasrat dan keputusannya dan sebagai seorang wanita, saya tetap meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Banyak lagi perkara yang saya boleh lakukan dan kecapi bersama atau tanpa lelaki bernama suami. Cuma pesan saya, anak-anak memang perlukan kasih sayang seorang ibu dan saya percaya, anak-anak Shuib juga begitu,” katanya.

Baru-baru ini, Vida, 50, secara terang-terangan membuat pendedahan tidak menolak jika ditakdirkan berjodohan dengan Shuib dan menganggap pelawak itu memenuhi kriteria atau ciri-ciri lelaki idaman yang dicarinya selama ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here