Abang Viva adakan misi bantuan pusat tahfiz di Pahang

0
1

ABANG Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar, 29, akan melakukan misi bantuan kepada sebuah pusat tahfiz di Pahang yang terjejas teruk akibat banjir baru-baru ini.

Pemuda yang dikenali sebagai hero banjir dijangka akan melakukan misi berkenaan pada hujung minggu ini dan mempelawa orang ramai yang berminat menyertainya.

Menurutnya, misi berkenaan bertujuan membantu membaik pulih dan membina bangunan yang rosak akibat bencana berkenaan.

Keadaan Tahfiz di Pahang yang musnah dilanda banjir

“Cadangan saya..saya akan siapkan barangan di Melaka dan terus bawa ke sana (Pahang)..mungkin akan memudahkan kerja..tak perlu mencari lagi.

“Dan kepada sesiapa yang berminat untuk turut serta..boleh ws (WhatsApp) saya di 0164244643..kalau dapat..mungkin saya akan turun ke sana pada hari Sabtu dan Ahad,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Keadaan Tahfiz di Pahang yang musnah dilanda banjir

Usaha Azwan dalam membantu mangsa banjir besar di Selangor dan Pahang baru-baru ini disanjung masyarakat terutama netizen selain turut diiktiraf pelbagai pihak termasuk Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Kerajaan Negeri Melaka.

Selain itu, beliau turut menerima pacuan empat roda dan motosikal berkuasa tinggi daripada beberapa individu yang menghargai sumbangannya membantu mangsa banjir dengan hanya berbekalkan RM50, sebuah bot dan Perodua Viva. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here