Warga emas boleh ‘walk-in’ di empat PPV sekitar Lembah Klang mulai Rabu

0
1
Sudut orang ramai menunggu giliran dan mengambil vaksin dan AstraZaneca di PWTC.

PERKHIDMATAN vaksinasi Covid-19 secara ‘walk-in’ boleh diperoleh oleh warga emas di empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi di Lembah Klang, mulai 19 Januari ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, empat PPV berkenaan adalah World Trade Centre Kuala Lumpur; Axiata Arena Bukit Jalil; Ideal Convention Centre Shah Alam, dan Dewan Soka Gakkai Klang.

“Kesemua PPV tersebut beroperasi setiap hari kecuali cuti umum dari jam 2 petang hingga 8 malam, tetapi Soka Gakkai Klang dari jam 12 tengah hari hingga 4 petang,” menurut KKM dalam kenyataan, hari ini.

Selain itu, menurut KKM pagi, PPV Offsite di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Sarawak akan turut melaksanakan perkhidmatan vaksinasi secara walk-in kepada warga emas mulai 24 Januari 2022.

“Senarai lengkap PPV Offsite yang terlibat akan akan diumumkan oleh pihak ProtectHealth Corporation.

“Sehubungan itu, warga emas yang ingin hadir secara walk-in adalah dimohon agar mempunyai sijil vaksinasi digital yang lengkap di dalam MySejahtera bagi melancarkan proses vaksinasi,” katanya.

KKM juga memaklumkan bahawa buat masa ini, temujanji di PPV Integrasi di Lembah Klang diberikan kepada individu yang telah menerima dos lengkap AstraZeneca atau Sinovac untuk diberikan dos penggalak vaksin AstraZeneca.

“Bermula 19 Januari 2022, vaksin Pfizer juga akan dibekalkan di PPV tersebut khususnya bagi individu tertentu seperti ibu hamil yang telah menerima temujanji atau individu yang mempunyai kontraindikasi terhadap vaksin AstraZeneca,” katanya.

Sehingga semalam, sebanyak 9,364,326 atau 40 peratus populasi di Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas telah menerima dos penggalak.

Manakala liputan vaksinasi dos penggalak bagi warga emas berumur 60 tahun dan ke atas di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Sarawak telah mencapai lebih 70 peratus.

“Untuk makluman, warga emas berumur 60 tahun dan ke atas yang telah menerima dos lengkap selepas tempoh 3 bulan daripada dos terakhir, adalah layak untuk menerima dos penggalak,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here