Tiada lagi pengecualian penalti dan lanjutan tempoh daftar kelahiran

0
1

PENGECUALIAN bayaran penalti daftar lewat kelahiran dan pelanjutan tempoh pendaftaran kelahiran sehingga 90 hari yang diberikan kerajaan susulan pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada Mac 2020 akan ditamatkan pada 1 Februari ini.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melalui satu notis makluman yang dikongsikan di laman Facebook rasmi jabatan itu, memberitahu penamatan itu selaras dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 dan pembukaan penuh semua sektor.

Menurut notis berkenaan, kelahiran kanak-kanak yang berlaku pada atau selepas 18 Januari 2020 hingga Januari 2022, pemaklum perlu mendaftar kelahiran kanak-kanak di JPN yang berhampiran sebelum 1 Februari 2022.

“Pemaklum boleh hadir mendaftar kelahiran secara ‘walk in’ ke pejabat JPN.

“Sekiranya kelahiran didaftarkan selepas tarikh berkenaan, kelahiran tersebut akan didaftarkan dengan pendaftaran lewat kelahiran tertakluk kepada prosedur* dan fi yang ditetapkan,” menurut notis berkenaan.

JPN turut memaklumkan tempoh pendaftaran kelahiran adalah 60 hari dari tarikh kelahiran bagi kelahiran yang berlaku di semenanjung Malaysia dan 45 hari dari tarikh kelahiran bagi kelahiran yang berlaku di Sabah dan Sarawak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here