Kejam, anak positif dadah penggal kepala ibu 

0
1

TERGAMAK seorang anak memenggal kepala ibu kandungnya sendiri dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Baru Pasir Penambang, Kuala Selangor, semalam. 

Mayat mangsa berusia 56 tahun itu ditemui di ruang tamu oleh seorang lagi anaknya yang ke rumah berkenaan selepas gagal menghubungi mangsa. 

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 5.45 petang sebelum siasatan lanjut dijalankan bersama pasukan forensik. 

Beliau berkata, suspek yang juga penganggur berusia 28 tahun tinggal bersama mangsa dan suaminya di rumah berkenaan, manakala anak-anak mangsa yang lain menyewa di kawasan berhampiran. 

“Kejadian disedari salah seorang anak mangsa yang gagal menghubungi ibunya sebelum pergi ke rumah itu melakukan pemeriksaan. 

“Tiba di lokasi, anak mangsa nampak keadaan rumah berlumuran darah dan suspek yang terkejut terus melarikan diri di belukar belakang rumah. 

“Polis dengan bantuan penduduk kampung berjaya menangkap suspek yang bersembunyi dalam belukar berhampiran dengan rumah mangsa,” katanya memerik laporan Harian Metro. 

Ramli berkata, polis merampas parang disyaki digunakan untuk memenggal kepala mangsa yang ditemui dalam tandas rumah tersebut. 

Katanya lagi, hasil ujian air kencing mendapati suspek positif Methamphetamine dan Amphetamine dan kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here