Bomba selamatkan lelaki cuba terjun dari Menara Kuala Lumpur

0
1

KECEKAPAN dan tindakan pantas anggota bomba berhasil menyelamatkan seorang lelaki yang dipercayai cuba membunuh diri dengan terjun dari Menara Kuala Lumpur hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira jam 5.11 petang, dan menghantar jentera bersama 25 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dan BBP Pudu untuk tugas menyelamat ke lokasi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Omar Che Ku berkata ketika tiba di lokasi kejadian lelaki berusia 21 tahun sedang berdiri di hujung bangunan Sky Deck dipercayai ingin melakukan terjunan.

“Selepas hampir 20 minit memujuk dan menenangkan mangsa, lelaki itu berjaya diselamatkan oleh anggota bomba yang bertindak pantas menangkap belakang mangsa ketika dia sedang leka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Omar berkata, mangsa kemudian dibawa ke tempat selamat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.– Malaysiapost.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here