SEBANYAK 19 kematian akibat Covid-19 direkodkan di Malaysia, setakat jam 11.59 malam tadi.
Berdasarkan perincian dikeluarkan GitHub, enam kematian daripada jumlah itu diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
Jumlah kumulatif kematian Covid-19 di Malaysia kini mencecah angka 31,781 orang.
Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu lima kes, diikuti Perak dan Sabah (masing-masing tiga), Johor, Pulau Pinang dan Terengganu (masing-masing dua) serta Melaka dan Kuala Lumpur (masing-masing satu).
Tiada kes kematian dilaporkan di Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 40,785 kes aktif dilaporkan, termasuk 193 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 90 yang memerlukan alat bantuan pernafasan. – Malaysiapost

