Populasi dewasa lengkap divaksinasi hampiri 98 peratus

0
1

SERAMAI 22,901,050 individu atau 97.8 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat jam 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, populasi dewasa yang sekurang-kurangnya menerima satu dos vaksin ialah 23,181,492 individu atau sebanyak 99 peratus. 

Sementara itu, seramai 2,860,918 individu atau 90.9 peratus populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 manakala 2,773,020 individu atau 88.1 peratus daripada golongan itu lengkap vaksinasi.

Dalam pada itu, 236,104 dos suntikan vaksin diberikan semalam, membabitkan 2,234 suntikan dos lengkap, 1,746 dos pertama dan 232,124 pula suntikan dos penggalak.

Ia menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 60,557,570 dos. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here