
MALAYSIA melaporkan 3,074 kes baharu Covid-19 hari ini, kekal pada angka 3,000 buat hari kelima berturut-turut.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia kini mencecah 2,805,337.
“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my
“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” katanya di Facebook, hari ini. – Malaysiapost
