Kertas putih KKM pembaharuan penjagaan kesihatan – KJ

0
1

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin menegaskan cadangan kertas putih Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah pembaharuan penjagaan kesihatan.

Beliau berkata, jika Kabinet meluluskan cadangan tersebut, KKM akan memulakan sesi dialog dan perjanjian yang berkaitan.

“WP (White paper) akan dibentangkan di Parlimen.

“Suruhanjaya Pembaharuan Penjagaan Kesihatan bukan partisan ditubuhkan untuk memacu pembaharuan yang boleh mengatasi penyandang menteri,” katanya dalam ciapan Twitter.

Hari ini, media melaporkan Khairy mencadangkan penyediaan satu kertas putih KKM, bagi membolehkan reformasi sistem kesihatan negara dapat dibuat terutama dalam memastikan ia kalis masa depan.

Jelasnya perkara itu telah disuarakan kepada Bahagian Perancangan KKM untuk dibentangkan di Parlimen bagi mendapatkan sokongan bipartisan, sama ada wakil rakyat daripada kerajaan ataupun daripada pembangkang.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, sistem kesihatan negara perlu dipastikan kalis masa depan, dengan memastikan segala keperluan kesihatan awam dipenuhi menerusi peruntukan sewajarnya dan mencukupi kepada KKM.

Jelasnya peruntukan mencukupi untuk KKM menerusi belanjawan negara adalah amat penting, dalam memastikan negara bersedia dalam menghadapi sebarang situasi luar jangka dan beban rawatan dalam jangka panjang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here