Melaka pulih banjir sepenuhnya

0
1

SEMUA pusat pemindahan sementara (PPS) banjir di Melaka ditutup sepenuhnya, sejak jam 7 malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra, berkata kesemua PPS itu ditutup selepas kesemua mangsa sudah pulang ke rumah selepas keadaan banjir pulih sepenuhnya.

“PPS terakhir yang ditutup adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Mendapat di daerah Jasin, kira-kira jam 7 malam tadi, yang sebelum ini menempatkan 17 keluarga membabitkan 62 mangsa.

“Sebelum ini, sebanyak 10 PPS di daerah Alor Gajah dibuka, diikuti sembilan di Melaka Tengah dan empat di Jasin,” katanya seperti dilapor Melaka Hari Ini.

Beliau berkata, sebanyak 23 PPS telah dibuka akibat banjir yang berlaku bermula 1 Januari lalu.

Ia membabitkan 37 kawasan terjejas pada gelombang kedua banjir kali ini yang melibatkan masing-masing 14 kawasan di daerah Alor Gajah dan Jasin.

Manakala, Melaka Tengah merekodkan sembilan kawasan terjejas.

Jumlah mangsa banjir di Melaka mencecah lebih 2,600 orang melibatkan lebih 600 keluarga dipindahkan. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here