MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun yakin Program Wanita Bangkit akan melahirkan lebih ramai usahawan berjaya membabitkan golongan itu.
Rina berkata, salah satu daripadanya adalah usahawan dari syarikat ‘Syukor Burger’ dengan 30 peratus daripada 600 pengusaha terlibat adalah wanita termasuk yang berjaya meraih ‘top personal sales’.
“Menerima undangan Majlis Apresiasi Syukor Burger yang meraikan usahawan-usahawan di bawah jenama ini dari seluruh Semenanjung Malaysia.

“Saya kagum dan berbangga dengan jenama Syukor Burger yang diusahakan anak muda berasal dari Pulau Pinang ini yang mula bertapak ketika ekonomi negara sedang ‘struggle’ pada awal pandemik,” katanya menerusi Facebook.
Menurut Rina, Syukor Majid bersama pasukannya bekerja keras membantu masyarakat yang terjejas ketika Covid-19 untuk menjana pendapatan dengan menjadi usahawan Syukor Burger.

“InsyaAllah, menerusi inisiatif Program Wanita Bangkit yang saya aspirasikan, lebih ramai wanita akan berpayung di bawah jenama yang berpotensi besar ini dan menjadi usahawan berjaya,” katanya. – Malaysiapost

