Umno sengaja cetus spekulasi PRN Johor – AMK

0
1

UMNO didakwa sengaja mewujudkan desas-desus bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan diadakan dalam waktu terdekat demi manfaat parti itu.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata perkara itu ditimbulkan kerana parti terbabit berhasrat menubuhkan sebuah kerajaan negeri baharu dengan kuasa yang lebih dominan, berbanding kerajaan negeri ketika ini.

“PRN Johor memang menjadi persoalan kerana bagi saya persepsi itu diwujudkan sendiri oleh Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad dalam keadaan kita berdepan dengan situasi banjir, tetapi isu itu dibangkitkan beliau.

“Saya tidak nampak pihak lain memulakan perkara ini (PRN Johor), melainkan di pihak Menteri Besar sendiri,” katanya seperti dilapor Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas memberi keterangan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, di Johor Bahru, hari ini.

Akmal Nasrullah berkata alasan PRN Johor perlu dilakukan demi kestabilan politik tidak seharusnya menjadi isu kerana apa yang dituntut rakyat adalah kerajaan yang menjaga kebajikan mereka.

“Menteri Besar sahaja tidak boleh bercakap mengenai PRN kerana beliau bukan pimpinan paling tinggi (dalam parti), tetapi bukan itu rakyat perlukan ketika ini kerana kita masih dalam fasa pandemik serta musibah banjir yang belum selesai sepenuhnya.

“Memang kerajaan negeri ada kuasa di untuk membubarkan DUN, tetapi yang mewujudkan suasana tidak stabil ini bukan daripada Pakatan Harapan (PH) tetapi sebelah sana (UMNO), jadi kalau boleh lebih baik tumpu untuk membantu rakyat sahaja ketika ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here