Isteri bukan barang online untuk ‘unboxing’ – Khairil Nizam

0
1
Ir Khairil Nizam Khirudin

KETUA Penerangan PAS, Khairil Nizam Khiruddin mengingatkan golongan lelaki bahawa isteri bukan barangan ‘online’ untuk ‘unboxing’ seperti hadiah, sebaliknya perlu dihargai dan menjaga maruah mereka.

Beliau berkata, lelaki yang mencintai seseorang wanita untuk dijadikan isteri sepatutnya melindungi maruah mereka, bukan memperlakukan sedemikian seolah-olah merendahkan darjat mereka.

“Adik-adik, abang nak ‘unboxing’ pesanan ni.. Wanita yang kita cintai, Isteri kita ini bukan barang online atau hadiah yang dibungkus dalam kotak untuk kita “unboxing” .

“Isteri adalah untuk dicintai sampai mati dan bukan yang dibeli untuk ditayang. Hargailah isteri kita yang akan menemani kita sampai ke hujung hayat dan janganlah rendahkan nilai darjat mereka,” katanya menerusi Facebook.

Khairil berkata, jika hanya demi ‘view’ dan ‘like’ di TikTok, seharusnya dihentikan dan janganlah terpengaruh dengan budaya barat kerana tidak membawa makna atau kebaikan kepada diri masing-masing.

“Sebelum kahwin, kita ingin mereka jadi tulang rusuk menyokong kita, tetapi hari pertama kita terus ingin content FYP di Tik Tok.

“Akad kita untuk bersama isteri ke syurga dan ditemani oleh zuriat-zuriat soleh dan solehah. Hentikanlah budaya yang bukan budaya Melayu dan amalan keluarga Islam. Selamat menempuh gerbang perkahwinan,” katanya.

Semalam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Marzuk Shaary menyifatkan trend ‘unboxing’ isteri bakal membawa kepada keruntuhan institusi sesebuah keluarga.

Beliau berkata, bakal ibu bapa merupakan tonggak institusi keluarga daripada awal lagi sudah tidak mengikut nilai yang betul, apatah lagi mahu memupuk moral anak-anak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here