Individu, syarikat gagal patuhi harga maksimum vaksin Covid-19 boleh didenda

0
1
vaksin uitm

KERAJAAN mengingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap individu atau syarikat yang gagal mematuhi penetapan harga maksimum vaksin Covid-19.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam kenyataan bersama, berkata pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah percuma.

Selain itu, rakyat juga boleh mendapatkan vaksinasi Covid-19 mengikut pilihan sendiri secara berbayar di hospital dan klinik swasta yang telah diberi kebenaran oleh KKM.

“Kerajaan mendapati harga vaksin Covid-19 ditawarkan di sektor swasta masih tinggi dan berbeza-beza, pastinya kadar tersebut akan membebankan rakyat terutama di saat negara masih lagi berhadapan pandemik Covid-19,” kata kenyataan itu hari ni.

Berikutan itu, KKM telah bekerjasama dengan KPDNHEP melaksanakan penentuan harga maksimum vaksin Covid-19 untuk mengelakkan ia dijual dengan harga yang terlalu tinggi di pasaran.

Katanya, penguatkusaan perintah itu akan dilaksanakan sepenuhnya oleh Bahagian Penguatkusaaan Farmasi KKM.

“Buat masa ini KKM melaksanakan proses penentuan harga borong maksimum dan harga runcit maksimum bagi dua produk vaksin Covid-19 sahaja iaitu jenama CoronaVac keluaran Sinovac dan Covilo keluaran Sinopharm.

“Harga borong maksimum dan harga runcit maksimum bagi kedua-dua vaksin in akan berkuat kuasa pada 15 Januari 2022 di bawah Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011,” katanya.

Jelas kenyataan itu, harga borong maksimum bagi vaksin Covid-19 jenama CoronaVac keluaran Sinovac adalah RM62, manakala harga runcit maksimum RM77.

Bagi vaksin Covid-19 jenis Covilo keluaran Sinopharm, harga borong maksimum adalah RM49, manakala harga runcit maksimum RM61.

“Harga runcit maksimum yang ditetapkan adalah tidak termasuk caj perkhidmatan dan caj barangan pakai bang yang digunakan ketika suntikan vaksin Covid-19. Penentuan harga maksimum in secara asasnya dibuat berdasarkan harga pengimportan dan harga pasaran semasa.

“Senarai dan harga vaksin Covid-19 akan dikaji secara berterusan dan akan ditambah baik atau digugurkan berdasarkan penilaian situasi pasaran dan keperluan semasa,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, mana-mana individua tau syarikat yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 iaitu bagi Individu boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.

Sementara, bagi syarikat yang didapati bersalah boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.

Dalam masa sama, kerajaan telah menyediakan medium penyaluran aduan bagi memudahkan rakyat mengemukakan aduan berkaitan isu harga. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here