Covid-19: Tiada lonjakan kes selepas PRN Sarawak – Dr Noor Hisham

0
1

TIADA lonjakan kes harian Covid-19 direkodkan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada 18 Disember tahun lalu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ia kerana sebanyak 75.6 peratus penduduk Sarawak telah menerima vaksinasi lengkap Covid-19 manakala 62 peratus populasi dewasa di negeri itu telah menerima dos penggalak.

Selain itu katanya, kemasukan ke hospital, Unit rawatan rapi (ICU) termasuk kes kematian turut dilihat menurun.

“Jadi dapatkan dos penggalak bila diberi janji temu,” katanya menerusi Twitter.

Bagaimanapun, beliau menekankan orang ramai untuk mematuhi kepada langkah-langkah kesihatan awam iaitu 3W dan 3S serta amalkan TRIIS iaitu ujian, lapor, mengasingkan, memaklumkan dan mencari sepanjang kelonggaran rentas negeri untuk pelindungan luaran.

Sementara itu menerusi perincian yang dikongsi portal CovidNow hari ini, peratusan vaksinasi populasi dewasa di Malaysia sehingga semalam mencecah 97.8 peratus membabitkan 22,893,234 juta individu yang lengkap vaksinasi.

Sebanyak 99 peratus atau 23,175,181 juta individu daripada populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Seramai 25,663,646 juta individu atau 78.6 peratus daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Manakala sebanyak 79.7 peratus atau 26,034,173 juta daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja pula, seramai 2,770,412 juta individu 88 peratus telah melengkapkan dua dos dan 2,858,992 juta individu atau 90.8 peratus mendapat satu dos.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin sebanyak 60,035,273 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here