TMJ mahu isu banjir di Johor diselesaikan

0
1

TENGKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhasrat mencari jalan penyelesaian terhadap masalah banjir di Johor.

Sehubungan itu, baginda telah mengadakan perjumpaan dengan Datuk Bandar Johor Bahru dan pakar-pakar pengurusan serta sistem saliran air bagi membincangkan isu berkenaan hari ini.

“Saya berhasrat mencari penyelesaian tetap kepada masalah banjir. DYMM Sultan Johor dan sekeluarga akan berusaha bersama kerajaan dalam mencari penyelesaian tetap.

“Pada bulan Februari depan saya juga akan menganjurkan program pembersihan sungai di Johor dan juga inisiatif serta program khas untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan sungai-sungai kita,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here