Natasha Hudson buka tudung?

0
1

PERKONGSIAN foto dan video pelakon Natasha Hudson tidak bertudung di Instagramnya telah mengejutkan ramai peminat.

Berdasarkan posting berkenaan, Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson, 39, dilihat memakai baju putih, berseluar hitam dan hanya mengenakan topi tanpa menutup rambut berada di tepi pantai dipercayai Pulau Langkawi.

Natasha bagaimanapun menutup ruangan komen perkongsian berkenaan.

Namun, setakat ini tiada kenyataan rasmi daripada Natasha mengenai imej terbaharu itu.

Sementara itu, tindakan pelakon itu mengundang reaksi pelbagai daripada netizen termasuk ada yang meminta supaya Natasha kembali bertudung dan menginsafi kekhilafan diri.

“Ujian untuk dia. Kita pula xtau lagi bagaimana. Hati sedang berbolak balik. Semoga kita dilindungi dari fitnah dajjal,” tulis Hidayah.

“Berubah memang semudah ABC. Tapi istiqamah itu amat payah. Semoga diberikan hidayah kembali menutup aurah,” tulis AdamMaya.

Sebelum itu, pelakon tersebut pernah mencetuskan kontroversi apabila menggayakan busana yang menampakkan bahagian bahu dan betis, Januari tahun lalu.

Untuk rekod, Natasha pernah berkahwin dan bercerai sebanyak empat kali.

Perkahwinan pertamanya bersama Mohd Faiz Mohd Raih pada 2006 hanya bertahan selama empat bulan.

Perkahwinan kedua dengan ahli politik, Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007 hanya bertahan selama dua tahun. Namun, menerusi perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Neesa Helena, 14.

Natasha kemudian berkahwin dengan penyanyi hip hop Khalid Kamal 15 April 2012. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Naeema Khaleela, 9, dan Faatimah, 7. Pasangan ini bercerai pada 2018.

Natasha berkahwin kali keempat dengan seorang ahli perniagaan asal Kelantan, Noor Nashriq Sekarnor pada 7 Disember 2018, namun bercerai pada Oktober 2019. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here